Sunday, 4 September 2011

MENYAMBUT HARI RAYA DI BUMI LEBANON

Alhamdulilah.. Setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bumi ambiyak, tibalah masa untuk menyambut hari kemenangan. Takbir raya dilaungkan tanda kemenagan dan kesyukuran kepada ALLAH SWT. Sedih tetap menyelubungi setiap sanubari kami di sini kerana terpaksa menyambut hari bahagia jauh dari keluarga dan berada di bumi asing. Inilah yang dikatakan pengorbanan. Segala pengorbanan ini hanya dapat dibalas oleh ALLAH SWT dan kami akan tetap bersemangat untuk meneruskan tugas dan tanggungjawa di bumi ambiyak. Warga MALCOY 7 juga berasa sangat bertuah kerana Panglima Angkatan Tentera sanggup melawat kami dan bersama sama menyambut 1 syawal di kem malcon kaoukaba. Pemimpin tertinggi ATM itu meluangkan masa bersama kami selama 3 hari mulai 28 hingga 30 Ogos 2011. Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri kerana prihatin terhadap pengorbanan kami di perantauan.

1 comment:

  1. kami di sini sentiasa mendoakan yg terbaik utk semua di sana..

    ReplyDelete