Thursday 26 May 2011

SEJARAH TERCIPTA


SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN MALAYSIAN KONTINJEN (MALCON)

1.         Sejarah awal penubuhan MALCON di Lubnan menyaksikan kekuatan asal keanggotaannya iaitu pada kadar 360 orang. Kontinjen awal ini telah ditubuhkan pada 2 Okt 06 di 12 RAMD, Kuantan di mana pelancarannya telah dilaksanakan pada 28 Dis 06 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

2.         Mulai dari tarikh penubuhan berkenaan, kekuatan MALCON akhirnya telah dikecilkan kepada 300 orang sahaja semasa MALCON EAST 4 (ME 4) melaksanakan misi mereka pada tahun 2009. 60 anggota dari kontinjen berkenaan telah dipindahkan kepada Malaysian Battalion (MALBATT) bagi tujuan penambahbesaran MALBATT 1. Lanjutan dari itu, ME 6 telah meneruskan misi di sini dengan kekuatan seramai 300 orang. Namun begitu, kekuatan MALCON East 6 telah ditambah kepada kekuatan asal iaitu seramai 360 orang.

3.         Jarak antara Malaysia dengan Lubnan adalah sejauh 7,620 kilometer dan mengambil masa 9 ke 10 jam penerbangan. Pergerakan kapal pula mengambil masa 14 ke 16 hari pelayaran dengan jarak 9,400 kilometer.

LATAR BELAKANG MALCON

4.         Bagi KTJ ME 6 pula, pada awal penubuhannya, penugasannya  di sini (mengikut perjanjian yang telah dimeterai diantara kerajaan Malaysia dan PBB) adalah sebagai Force Protection kepada MK SECEAST – UNP 7-2 dan Guard Company kepada UNP 7-3.

5.         Bagaimanapun mulai 10 Mei 08, MALCON telah diberikan KTJ sendiri meliputi kawasan seluas 8 km persegi di mana pada asalnya kawasan ini adalah di bawah naungan sektor KTJ INDBATT. Seterusnya pada 25 Okt 2011 MALCON telah mengambilalih UNP 4-23 menjadikan KTJ bertambah sebanyak 6 kilometer persegi menjadi 14 kilometer persegi.

6.         Melalui arahan/perintah agihan (FRAGO) yang telah dikeluarkan, MALCON East dikehendaki mengekalkan kedudukan di lokasi sekarang, meneruskan tugas Force Protection di UNP 7-2 dan melaksanakan tugas-tugas operasi keselamatan di dalam KTJ. FRAGO terkini yang digunapakai adalah FRAGO 001-04: SUPPORTING EFFORT bertarikh 5 Jul 2010.

No comments:

Post a Comment